Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PERBANYAKKAN DOA ELAK BENCANA

PERBANYAKKAN DOA ELAK BENCANA



PERBANYAKKAN DOA ELAK BENCANA

KOTA DARULNAIM - Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob menyeru rakyat Kelantan memperbanyakkan berdoa ke hadrat Allah SWT agar dijauhkan diri, keluarga dan negeri ini daripada bencana diluar jangka.

Catatan beliau menerusi media sosial hari ini, merakamkan ucapan takziah kepada
keluarga mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father's Organic Farm, Allahyarhamah Nurul Azwani Kamarulzaman, 31, yang berasal dari Semerak, Pasir Puteh Kelantan.

Jenazah Allahyarhamah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak),
Kampung Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.

Ustaz Dato' Ahmad mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mendapat keampunan.

Beliau juga berharap usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang masih hilang dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sementara itu, Timbalannya, YB Dato' Mohd Amar Abdullah pula berkongsi catatan laporan kajian cuaca berkaitan luruan monsun sekali lagi akan memasuki Kelantan bermula semalam walaupun laporan sehari sebelumnya menunjukkan banyak lokasi bercuaca cerah.

Beliau mengingatkan hujan lebat dijangka berterusan hingga Selasa di samping angin kencang dan ombak besar yang berpotensi meningkatkan risiko banjir.

"Selain sekretariat bencana, kita juga harus sama-sama berhati-hati dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan yang boleh berlaku di kawasan masing-masing," pesannya.

Beliau seterusnya menyeru seluruh rakyat memperbanyakkan doa dan memohon kebaikan daripada Allah SWT.

"Semoga kita semua dilindungi daripada sebarang keburukan," tulisnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-18 00:59:29

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook