Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PKB BUKA CAWANGAN AR-RAHN DI SEMPORNA

PKB BUKA CAWANGAN AR-RAHN DI SEMPORNA



PKB BUKA CAWANGAN AR-RAHN DI SEMPORNA

SABAH – Permodalan Kelantan Berhad (PKB) melalui usahasama Koperasi Kelantan Berhad membuka satu lagi cawangan baharu pajak gadai Islam Ar-Rahn di Bandar Mutiara, Semporna.

Ar-Rahn cawangan kesembilan itu dirasmikan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kelantan Berhad YB Dato' Mohd Amar Abdullah pada 3 Disember.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan memaklumkan lapan lagi Ar-Rahn di Sabah terletak di kawasan Kota Kinabalu, Putatan, Keningau, Beaufort, Sandakan, Tawau, Tuaran dan Kota Belud. Cawangan kesepuluh dalam proses pembukaan di Lahad Datu.

"Sepuluh Ar-Rahn Zon Sabah adalah yang kedua terbesar selepas Zon Kelantan.
Kita mengharapkan PKB akan terus memacu pertumbuhan dan inovasi dalam industri mikrokredit seperti membuka lebih banyak cawangan, pendigitalisasi Ar-Rahn dan sebagainya," katanya.

Terdahulu, Ar-Rahn adalah satu sistem muamalat yang mengendalikan urusan pelanggan menggadai barang berharga sebagai sandaran untuk meminjam wang yang dibiayai oleh peminjam dari pemiutang (Ar-Rahn) dengan caj keuntungan untuk barang gadaian tersebut tanpa dikenakan riba ke atas pelanggan untuk tempoh tertentu.

Sementara itu, perbezaan pajak gadai Islam Ar-Rahn dan sistem konvensional secara umumnya mengandungi konsep tawaruq, tiada riba, nilai gadaian tidak merosot ataupun tiada penipuan timbangan nilai atau berat, wang lebihan baki lelong dipulangkan dan lain-lain.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-05 05:13:27

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook