Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

RM26.18 JUTA PERUNTUKAN SKIM GERBANG AZZIWAJ, MANFAATKAN 26,182 PENERIMA  

KOTA DARULNAIM –  Bermul...

RM26.18 JUTA PERUNTUKAN SKIM GERBANG AZZIWAJ, MANFAATKAN 26,182 PENERIMA KOTA DARULNAIM – Bermul...



RM26.18 JUTA PERUNTUKAN SKIM GERBANG AZZIWAJ, MANFAATKAN 26,182 PENERIMA

KOTA DARULNAIM – Bermula tahun 2011 sehingga Disember 2022 Skim Gerbang Azziwaaj yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan telah memberi manfaat kepada 26,182 penerima.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri Kelantan, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, skim yang dikendalikan di bawah Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) Negeri Kelantan tersebut bertujuan menjaga kebajikan rakyat dan membantu meringankan beban kewangan pasangan muda yang terpilih untuk melangsungkan perkahwinan di samping mengelak mereka daripada terjebak dengan gejala sosial.

"Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3 juta bagi skim tersebut dan sehingga kini ia telah membabitkan sejumlah RM26,182,000 sejak ia dilancarkan pada tahun 2011,

Mereka yang layak memohon dan berjaya telah menerima wang RM1,000 daripada Kerajaan Negeri yang disampaikan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kawasan masing-masing," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, bermula dua tahun lepas, para penerima Skim Bantuan Gerbang Az-Ziwaaj yang bertuah juga telah dipilih menyertai 'Majlis Raikan Cinta' peringkat Negeri Kelantan yang dikendalikan oleh U-BeS dengan kerjasama Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-Kekwa) Negeri Kelantan yang bertujuan meraikan dan memberi ilmu rumahtangga kepada pasangan yang baru berkahwin.

Untuk makluman, kepada mereka yang berminat dan layak memohon, bolehlah mendapatkan borang permohonan skim tersebut di Pusat Khidmat Dun masing-masing.

#ViraliyatBerita1ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-29 06:55:19

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook