Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SABAH, ZON KEDUA AR-RAHN TERBESAR SELEPAS KELANTAN Permodalan Kelantan Berhad melebarkan lagi poten...

SABAH, ZON KEDUA AR-RAHN TERBESAR SELEPAS KELANTAN Permodalan Kelantan Berhad melebarkan lagi poten...



SABAH, ZON KEDUA AR-RAHN TERBESAR SELEPAS KELANTAN

Permodalan Kelantan Berhad melebarkan lagi potensi perkhidmatan pajak gadai Islam Ar-Rahn dengan menjadikan Ar-Rahn Semporna sebagai cawangan yang kesembilan di Sabah. Insya Allah cawangan kesepuluh dalam proses pembukaan di Lahad Datu.

Sehingga sekarang Ar Rahn mempunyai 100 cawangan di seluruh negara.

Sistem gadaian Islam memainkan peranan besar membantu rakyat khususnya di Kelantan ketika berdepan kesukaran Perintah Kawalan Pergerakan. Semoga usaha murni Permodalan Kelantan Berhad dalam memberikan peluang bermuamalat berlandaskan syariah kepada masyarakat terus direalisasikan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

...
-Baca seterusnya...
2022-12-06 01:46:14

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook