Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SEDIA HADAPI GELOMBANG KEDUA, BANTUAN BANJIR KE SEMBILAN PULAU DIHANTAR AWAL

SEDIA HADAPI GELOMBANG KEDUA, BANTUAN BANJIR KE SEMBILAN PULAU DIHANTAR AWAL



SEDIA HADAPI GELOMBANG KEDUA, BANTUAN BANJIR KE SEMBILAN PULAU DIHANTAR AWAL

TUMPAT - Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi memaklumkan pihaknya mengambil langkah proaktif sebagai persediaan menghadapi kemungkinan gelombang kedua yang lebih besar dengan melaksanakan
penghantaran bekalan bantuan yang melibatkan dua fasa dalam masa dua hari.

Beliau yang juga Exco Kebajikan negeri berkata bekalan disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk penduduk di sembilan buah pulau di Tumpat membabitkan 230 keluarga.

"Rakyat di pulau akan menerima kesan besar terputus bahan bekalan jika laluan air sudah tidak boleh dilalui. Oleh itu kita ambil langkah bersiap sedia dari awal," katanya selepas membuat pelepasan pasukan misi tersebut di Pengkalan Kok Majid, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan mengepalai rombongan bagi mengagihkan bantuan tersebut.

Sehubungan itu, beliau turut menasihati penduduk di pulau supaya selalu ikuti perkembangan semasa info banjir dan hendaklah mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-22 01:12:35

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook