Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SUKARELAWAN NRECC BANTU RINGANKAN BEBAN MANGSA PASCA BANJIR

SUKARELAWAN NRECC BANTU RINGANKAN BEBAN MANGSA PASCA BANJIR



SUKARELAWAN NRECC BANTU RINGANKAN BEBAN MANGSA PASCA BANJIR

TUMPAT – Program Gerak Kerja Pasca Banjir anjuran Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bertujuan meringankan beban mangsa banjir yang kehilangan dan kerosakan harta benda.

Demikian menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Nik Nazmi Nik Ahmad ketika berucap merasmikan Program Gerak Kerja Pasca Banjir NRECC di Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, hari ini.

Katanya, seramai 550 sukarelawan NRECC dari pelbagai jabatan dan agensi terlibat di dua daerah di Kelantan iaitu di Tumpat (Sekolah Kebangsaan Bendang Pa'Yong), di Pasir Mas ( Kampung Tok Deh dan Kampung Chap) dan satu di Besut, Terengganu (Sekolah Kebangsaan Nangka).

"Kementerian sentiasa bersedia dan berusaha menambah baik kelemahan yang telah dikenal pasti bagi memastikan keadaan sebegini tidak berulang dengan kerajaan sedang melaksanakan tindakan-tindakan di antaranya kerja-kerja penyelenggaraan saliran melalui pendekatan Pengurusan Banjir Secara Bersepadu.
Membangunkan struktur dan reka bentuk berkonsepkan 'make room for water' seperti menaik taraf sistem pengurusan banjir, pantai dan sungai-sungai utama serta meningkatkan tahap perlindungan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai," katanya.

Tambahnya, kerajaan juga sentiasa berusaha untuk mengurangkan risiko banjir di seluruh negara melalui pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
Sebanyak 40 pelbagai projek berkaitan tebatan banjir dan saliran mesra alam yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Kelantan dan Terengganu.

"Di Kelantan terdapat dua projek utama RTB iaitu Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan yang kini sudah 87.74 peratus status kemajuan fizikal dan dijangka siap pada 20 April 2023 dengan kos sebanyak RM456 juta.
Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama (KESBAN) telah mencapai 71 peratus kemajuan fizikal dan dijangka siap sepenuhnya pada 13 Ogos 2024," jelasnya.

Katanya lagi, sukarelawan NRECC digerakkan untuk melakasanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan awam dan perumahan yang telah dikenal pasti serta kerja-kerja pembaikan pendawaian elektrik, pembersihan tangki septik, pembaikan paip bekalan air dan penyenggaraan sistem perparitan kawasan perumahan dan kampung.

Dalam program tersebut, YB Nik Nazmi turut menyampaikan sumbangan bantuan banjir kepada penduduk tempatan daripada rumah ke rumah.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan Ketua Jajahan Tumpat, Rusydee Abdullah.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-29 08:23:08

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook