Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TAHNIAH SEMUA PETUGAS BERKHIDMAT CEMERLANG - AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN

TAHNIAH SEMUA PETUGAS BERKHIDMAT CEMERLANG - AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN



TAHNIAH SEMUA PETUGAS BERKHIDMAT CEMERLANG - AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN

KOTA BHARU - Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Dato' Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memuji kecemerlangan tugasan yang dilaksanakan oleh semua pihak yang telah sama-sama berganding bahu dalam menghadapi situasi banjir kali ini.

Penghargaan tersebut diiringi ucapan terima kasih dituju khusus kepada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan pihak SK Kubang Kerian 2.

"Tahniah dan terima kasih saya juga kepada masyarakat yang telah memberi sumbangan dan bantuan dalam apa bentuk sekali pun," katanya ketika melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 2, semalam.

Beliau turut mendoakan semoga semua rakyat Malaysia khususnya di Kelantan dan kawasan dilanda banjir diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan berharap keadaan banjir segera pulih.

Turut bersama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abd Rahman Yunus, kakitangan Pusat Khidmat Parlimen (PKP) Kubang Kerian dan DUN Pasir Tumboh serta para penghulu.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-21 05:03:40

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook