Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR -MB

TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR -MB



TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR -MB

KOTA DARULNAIM – Ekoran daripada peristiwa banjir yang melanda negeri Kelantan tempoh hari yang menyebabkan ramai rakyat terkesan, Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Amirudin Shari hadir menyampaikan ketandaan sumbangan bantuan banjir RM500 ribu kepada Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob di sini, semalam.

Menurut YAB Menteri Besar, beliau mewakili Kerajaan Negeri merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor atas atas keprihatinan dan kebersamaan terhadap musibah banjir yang berlaku di negeri Kelantan.

"Kerajaan Negeri juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan sukarelawan SERVE & PANTAS daripada Selangor yang turun memberi bantuan khususnya bagi membantu mangsa banjir," katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat di Kelantan dan Terengganu yang dilanda musibah banjir dan sumbangan berbentuk kewangan dihulurkan untuk meringankan beban mereka.

Turut hadir ialah YB Timbalan Menteri Besar Dato' Mohd Amar Abdullah dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, YB Tuan Khairuddin Othman.

#ViraliyatBerita9pg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-28 01:04:23

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook