Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

TERIMA KASIH KDN - DATO' DR MOHAMED FADZLI

TERIMA KASIH KDN - DATO' DR MOHAMED FADZLI



TERIMA KASIH KDN - DATO' DR MOHAMED FADZLI

MACHANG - Exco Kerajaan Negeri, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan mewakili Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob mengiringi Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang hadir dalam misi bantuan banjir di Machang, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan anggota Yayasan Food Bank Malaysia.

Bersama meraikan rombongan tersebut, Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta kakitangan Pusat Khidmat DUN (PKD) Temangan dan Pusat Khidmat Parlimen (PKP) Machang.

YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli yang juga ADUN Temangan merakamkan ucapan terima kasih kepada rombongan KDN atas sumbangan bantuan tersebut yang telah dapat membantu meringankan bebanan 59 keluarga warga Machang yang terkesan banjir.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-26 08:26:21

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook