Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

This content isn't available right now

This content isn't available right now



UZUR BUKAN HALANGAN BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT

PASIR MAS - Meskipun dalam keuzuran, semangat untuk cekal berbakti kepada rakyat kental dan membara dalam sanubari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti YB Dato' Panglima Perang Dato' Mohd Nassuruddin Daud.

Sejak banjir melanda minggu lepas, YB Dato' Mohd Nassuruddin terus meminta jentera pasukan keselamatan DUN mengiringi beliau meninjau keselamatan rakyat di seluruh DUN Meranti.

Tanpa menghiraukan keuzuran, beliau menghidupkan dan memandu sendiri bot kepunyaannya ke lokasi banjir paling kritikal.

"Kita susah Allah uji dengan uzur sikit tak apa, jangan rakyat susah akibat kekurangan makanan atau anak mereka tak cukup susu, lampin pakai buang dan sakit. Akibatnya kita jadi tak lena tidur sebab teringatkan nasib mereka lebih malang. Keperluan rakyat sama ada masa senang adalah amanah. Apatah lagi ketika mereka susah," katanya.

Beliau memulakan operasi pemindahan pada awal bencana, pemantauan semasa dan pengagihan bekalan makanan asas pada pukul 2.30 dan pulang pada pukul 6.00 petang setiap hari.

Sumbangan bekalan makanan asas selesai diagihkan kepada 50 keluarga yang masih mampu bertahan di rumah masing-masing di Kampung Kubang Pak Hitam, Bakong dan Tok Rusa, semalam.


When this happens, it's usually because the owner only shared it with a small group of people, changed who can see it or it's been deleted.

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-21 03:08:38

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook