Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

UPKN-PTMS PERKASAKAN SEBARAN INFORMASI TEPAT KEPADA PERANTAU KELANTAN  KOTA DARULNAIM - Urus setia ...

UPKN-PTMS PERKASAKAN SEBARAN INFORMASI TEPAT KEPADA PERANTAU KELANTAN KOTA DARULNAIM - Urus setia ...



UPKN-PTMS PERKASAKAN SEBARAN INFORMASI TEPAT KEPADA PERANTAU KELANTAN

KOTA DARULNAIM - Urus setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) sentiasa mengemas kini strategi bagi memperkasakan sebaran informasi semasa yang tepat berkaitan Kerajaan Negeri kepada anak-anak Kelantan di perantauan.

Menurut Pengarahnya, Kamaruzaman Mohamad, UPKN merencana Program Jelajah Kelantan 2.0 ke seluruh Malaysia pada Januari dan Februari 2023.

"Keberjayaan program tersebut amat memerlukan komitmen rakan startegik UPKN untuk membantu agensi media Kerajaan Negeri menyalur dan menyebarkan informasi semasa berkaitan kejayaan dan kemakmuran Kerajaan Negeri Kelantan selama 32 tahun mentadbir urus negeri ini dengan mengimplementasi dasar Membangun Bersama Islam (MBI) kepada anak-anak Kelantan di perantauan.
Antara rakan strategik UPKN yang terlibat ialah Penghulu Tanpa Mukim Seranta (PTMS)," katanya selepas mesyuarat dengan para PTMS di pejabat UPKN, semalam.

Tambahnya, 14 orang PTMS itu juga akan menjadi penyampai maklumat yang tepat kepada anak perantau dalam usaha menangkis fitnah yang dilemparkan terhadap pemimpin Kerajaan Kelantan atau yang bersangkut-paut dengan Kerajaan Negeri.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan (Seranta) Abdul Malik Abdul Karim dan para pegawainya.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-28 03:20:11

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook