Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

66 PERATUS PEKERJA ECRL DIKUASAI RAKYAT KELANTAN KOTA BHARU - 66 peratus daripada 612 pekerja tempa...

66 PERATUS PEKERJA ECRL DIKUASAI RAKYAT KELANTAN KOTA BHARU - 66 peratus daripada 612 pekerja tempa...



66 PERATUS PEKERJA ECRL DIKUASAI RAKYAT KELANTAN

KOTA BHARU - 66 peratus daripada 612 pekerja tempatan yang bekerja di bahagian pengurusan dan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur atau East Cost Rail Link (ECRL) dikuasai rakyat Kelantan.

Hal tersebut dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Dato' Sri Darwis Abdul Razak ketika ditemui di Tapak Projek ECRL Syeksen 1, pada 19 Januari lepas.

Dalam pada itu, menurut Muhamad Asyraf Ab Aziz, 30, dari Kampung Guntong Limbat, beliau telah dilantik sebagai Jurutera Kualiti di projek ECRL pada Oktober 2021.

"Saya sangat bersyukur kerana berpeluang berkhidmat di negeri sendiri dan terlibat secara langsung untuk membangunkan negeri Cik Siti Wan Kembang.

Peluang pekerjaan sangat terbuka luas di negeri ini, cuma saranan saya agar anak muda kuat berusaha dan bijak merebut peluang yang ada," katanya.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg
#KelantanMajuRakyatSejahtera
#UPKN



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-23 01:03:31

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook