Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ARIKA KUBANG KERIAN, PEMACU BANDAR D’RAJA AL-MUHAMMADI

ARIKA KUBANG KERIAN, PEMACU BANDAR D’RAJA AL-MUHAMMADI



ARIKA KUBANG KERIAN, PEMACU BANDAR D'RAJA AL-MUHAMMADI

KOTA BHARU – Arika Kubang Kerian, projek berprestij yang bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri melalui Rancangan Struktur Negeri Kelantan 2040 untuk menjadikan Kubang Kerian sebagai Bandar Diraja Kelantan dan pelancongan warisan kebudayaan berjenama Bandar D'raja Al-Muhammadi.

Projek pembangunan oleh Kumpulan Malvest itu melibatkan keluasan pembinaan 1 blok pangsapuri perkhidmatan 42 tingkat dengan 26 unit ruang perniagaan dan 668 unit kediaman yang dilengkapi perabot sedia untuk didiami apabila siap kelak.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob merakamkan tahniah kepada Kumpulan Malvest yang mengusahakan projek yang bakal menjadi mercu tanda baharu dan meningkat pertumbuhan ekonomi negeri.

Menurutnya, pembangunan bandar-bandar baharu di Kelantan adalah bukti kesediaan pentadbiran negeri dalam mengharungi arus pembangunan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi Kelantan.

Mengulas lanjut, Dato' Ahmad menerangkan konsep pembangunan Bandar D'Raja Al-Muhammadi adalah berlandaskan kepada pendekatan Al-Mizan untuk menghasilkan perancangan yang seimbang dari segi rohani, fizikal dan ekonomi. Pembangunan Bandar D'Raja Al-Muhammadi menekankan enam strategi utama merangkumi pengukuhan imej Bandar D'raja dan Islam, kelestarian pembangunan Bandar Kubang Kerian dan pembangunan mampan Persisiran Sungai Pengkalan Datu.

Dilengkapi pakej pemuliharaan dan pemeliharaan kawasan Warisan Ilmu Tok Kenali, sistem jalan raya dan pengangkutan awam yang efisien serta infrastruktur dan utiliti holistik.

"Pembangunan projek ini akan seiring dengan perancangan Kerajaan Negeri untuk membuka lebih banyak bandar baharu seperti Bandar Baharu Nilam Perdana di Pendek, Kota Bharu, Bandar Madinah Al-Salam Kota Bharu dan bandar sukan Madinah Al-Riadhah di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Oleh itu, Kerajaan Negeri amat menggalakkan peranan dan keterlibatan sektor swasta dalam rancangan pembangunan terutama sektor perumahan dan perniagaan," katanya ketika merasmikan pelancaran projek di Tapak Pembinaan Arika Kubang Kerian, Jalan Tok Kenali, Kubang Kerian, Khamis lepas.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaannya Lee Nai Chia memaklumkan Arika Kubang Kerian ialah servis apartmen pertama yang serba siap di Kubang Kerian itu dilengkapi 45 kemudahan gaya hidup moden seperti seperti kolam renang infiniti, perpustakaan, bilik bacaan berkumpulan, gim, badminton, taman landskap dan sebagainya.

"Arika Kubang Kerian menawarkan penginapan berkualiti yang dapat memanfaatkan kakitangan dan mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) memandangkan kedudukan strategik yang berdekatan dengan kampus dan Hospital USM," jelasnya.

Beliau berterima kasih kepada pembeli awal yang sudah pun menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dan mengalu-alukan para pelanggan baharu untuk menempah lot dengan mengunjungi pejabat dan galeri jualan di 2-2 Troika Kota Bharu atau menghubungi pegawai pemasaran di talian 017-477 0288 atau 09 – 747 8268.

Dalam majlis yang sama, Pengarah Urusan Kumpulan Malvest Tan Kian Boon turut menyumbangkan khidmat sosial korporat (CSR) bernilai keseluruhan RM15,600.00 kepada 52 asnaf miskin tegar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit.

Setiap seorang asnaf menerima RM300 yang disampaikan oleh Ustaz Dato' Ahmad dan ADUN Demit YB Dato' Mumtaz Md Nawi.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-16 05:00:34

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook