Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BAITUS SOLEHAH MEDIUM LAHIRKAN SURI TELADAN – DATO' MUMTAZ

BAITUS SOLEHAH MEDIUM LAHIRKAN SURI TELADAN – DATO' MUMTAZ



BAITUS SOLEHAH MEDIUM LAHIRKAN SURI TELADAN – DATO' MUMTAZ

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM110 ribu untuk mewujudkan Baitus Solehah di Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) sebagai tempat khusus kepada pelajar dalam memberi ilmu teori dan praktikal dalam bidang sains pengurusan rumah tangga dan keluarga.

"Objektif utama Baitus Solehah ini dibina ialah untuk melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik semata-mata, tetapi mereka juga mampu melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, mengemas, menghias laman dan mengurus rumah tangga dengan baik pada masa kelak, sekaligus dapat melahirkan suri teladan seanggun Fatimah Az-Zahra."

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita YB Dato' Mumtaz Md Nawi di Majlis Perasmian Baitus Solehah dan Pelancaran Buku Suri Mithali di MMP, hari ini.

Di Program anjuran Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKwa) dengan kerjasama MMP tersebut, YB Dato' Mumtaz berkata, jika dahulu subjek Sains Rumah Tangga diajar di sekolah, tetapi kini tidak lagi, justeru pelancaran Baitus Solehah menjadi rintis kepada pengajaran ilmu tersebut kerana melihat kepentingan ilmunya kepada golongan muda terutamanya pelajar.

Dalam pada itu, bagi melengkapi ilmu pengurusan rumah tangga tersebut, buku manual Suri Mithali didatangkan khas yang dilengkapi tujuh bab berkaitan keperluan suri rumah.

Menurut pengarangnya, Wan Nur Ainon Abdullah, buku itu menjadi buku pertama yang diterbitkan di Malaysia yang komprehensif merangkumi semua aspek keperluan suri rumah tanpa mengira usia, bangsa dan agama kerana ianya universal.

Sebagai rekod, Baitus Solehah dibina dengan keluasan 1,000 kaki persegi dilengkapi dengan kemudahan peralatan rumah seperti set bilik tidur, sofa, meja makan, mesin basuh, peti ais dan peralatan dapur yang lengkap untuk memudahkan pelaksanaan amali kepada pelajar dengan situasi sebenar pengurusan rumah tangga dan projek ini akan diteruskan ke sekolah-sekolah lain juga untuk masa akan datang.











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-31 08:41:59

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook