Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BAKAR AL-QURAN : JANGAN CABAR KESABARAN UMAT ISLAM

BAKAR AL-QURAN : JANGAN CABAR KESABARAN UMAT ISLAM



BAKAR AL-QURAN : JANGAN CABAR KESABARAN UMAT ISLAM

1. Dunia sekali lagi dikejutkan dengan sikap biadab ahli politik berhaluan kanan Sweden, Rasmus Paludan yang secara sengaja mencetus amarah umat Islam dengan membakar kitab suci Al -Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Sweden pada Ahad.

2. Insiden itu satu lagi provokasi jahat yang memaparkan sikap sebenar pihak Barat yang anti Islam malah dengan sengaja mencetus amarah agar ada tindak balas oleh umat Islam, dan kemudiannya apabila ada tindakan balas maka yang dilabel pengganas adalah Islam. Ini satu lagi gambaran Islamofobia yang Barat cipta demi memburukkan Islam.

3. Bagi PAS, ia satu tindakan yang keterlaluan dan biadab malah menunjukkan wajah sebenar pihak berkenaan yang anti Islam.

4. Kami menggesa pihak Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Wisma Putra segera menghantar nota bantahan dan gesaan agar tindakan sewajarnya dikenakan ke atas perlakuan ekstrem ahli politik Sweden itu.

5. Kami juga melahirkan kebimbangan andai ada tindakan balas yang tidak diingini angkara insiden bakar Al-Quran ini oleh pihak yang marah dengan kebiadaban tersebut.

6. Selain itu kami juga menyeru agar seluruh negara Islam mengecam tindakan tersebut yang dilihat sengaja mencemar kesucian Islam dan menyemarakkan api permusuhan.

7. Kami menyeru seluruh umat Islam di negara ini turut hadir ke Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam oleh ahli politik Sweden di Masjid KLCC pada 27 Januari ini (Solat Jumaat diikuti perarakan ke Kedutaan Sweden).

"Malaysia Sejahtera"

YB Ir. Ts. HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

3 Rejab 1444 | 24 Januari 2023





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-25 06:47:29

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook