Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

CHEW AH TERHARU TERIMA BANTUAN RUMAH DHUAFA'

CHEW AH TERHARU TERIMA BANTUAN RUMAH DHUAFA'



CHEW AH TERHARU TERIMA BANTUAN RUMAH DHUAFA'

KUALA KRAI – Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini sangat bermakna buat keluarga Chew Ah Koon, 60 kerana bertuah mendapat bantuan Rumah Dhuafa' daripada Kerajaan Negeri Kelantan.

Chew Ah yang asalnya tinggal di tanah rizab sungai, Kampung Gatal telah berpindah ke Jalan Jirat Kampung Landak setelah mendapat bantuan rumah tersebut.

"Saya sekeluarga sangat terharu dan gembira mendapat bantuan Rumah Dhuafa' ini buat keluarga kami berteduh.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas keprihatinan dan kebajikan dalam membantu rakyat Kelantan tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama," katanya.

Majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Perpaduan YB Dato' Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman disaksikan bersama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan di Dewan Sri Guchil pada 27 Januari lalu.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-30 00:56:04

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook