Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

COVID 19: KAWAL KETAT KEMASUKAN PELANCONG DARI CHINA – TMB

KOTA BHARU – Ekoran hasil laporan situas...

COVID 19: KAWAL KETAT KEMASUKAN PELANCONG DARI CHINA – TMB KOTA BHARU – Ekoran hasil laporan situas...



COVID 19: KAWAL KETAT KEMASUKAN PELANCONG DARI CHINA – TMB

KOTA BHARU – Ekoran hasil laporan situasi semasa kes jangkitan COVID-19 yang kembali meningkat, Timbalan Menteri Besar YB Dato' Mohd Amar Abdullah menggesa Kerajaan Persekutuan melaksanakan kawalan ketat terhadap kemasukan pelancong khususnya daripada Negara China ke negara ini.

Katanya, Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlulah berganding bahu agar kesilapan lalu tidak berulang dengan mengetatkan syarat-syarat kemasukan ke Malaysia kerana keselamatan rakyat adalah keutamaan.

"Pada saya, Kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan cadangan itu kerana penyakit berjangkit ini akan memberi kesan kepada keselamatan rakyat, saya kira pendapatan melalui pelancong harus diketepikan terlebih dahulu,
Jika perlu, mereka hendaklah dikenakan syarat ketat untuk masuk ke negara ini contohnya wajib ada sijil vaksinasi serta perlu tunjuk bukti kesihatan di pintu masuk utama," katanya ketika ditemui selepas majlis Amanat Khas Tahun Baharu di Kompleks Kota Darulnaim, Khamis lepas.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim

#ViraliyatBerita4ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-08 08:14:54

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook