Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

EXA SUMMERLIFE TAJA RM390 RIBU, SOKONG PADU KUFC

EXA SUMMERLIFE TAJA RM390 RIBU, SOKONG PADU KUFC



EXA SUMMERLIFE TAJA RM390 RIBU, SOKONG PADU KUFC

KOTA BHARU – Demi sokongan padu terhadap pasukan bola sepak Kelantan United Football Club (KUFC), Pengarah EXA Summerlife Sdn Bhd., Irwan Firdaus Mohamad
berbangga menjadi antara penaja setiap tahun KUFC sejak musim 2020.

"Atas sebab minat yang mendalam serta komitmen berterusan syarikat EXA Summerlife Sdn Bhd. kepada skuad Sang Kijang Hijau, pada musim ini kami bersetuju menyerahkan tajaan merangkumi wang tunai, peralatan pejabat serta air kotak berjenama Summerfield yang bernilai RM390 ribu," katanya.

Selepas menandatangani perjanjian penajaan beliau melaksanakan penyerahan tajaan tersebut kepada Ketua Pegawai Operasi KUFC Wan Mohd Zul Ikman di Pejabat Urusan kelab di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Irwan Firdaus berharap penajaan tersebut membantu meningkatkan prestasi KUFC serta melancarkan perjalanan kelab yang akan berentap dalam saingan Liga Super untuk musim 2023.

Sementara itu, Presiden KUFC YB Rozi Muhammad berterima kasih kepada penaja dan mengucapkan syabas kepada KUFC atas kejayaan menewaskan Negeri Sembilan FC 2-0, sempena perlawanan pra musim, semalam.

"Kita bersyukur atas kurniaan rezeki berganda melalui penajaan daripada EXA Summerlife dan kemenangan kedua KUFC melonjakkan semangat pemain untuk terus menjuarai dua lagi perlawanan persahabatan bertemu KL City FC pada malam ini dan pasukan PDRM FC pada 2 Februari nanti. Sama-samalah kita doakan KUFC muncul juara dalam persaingan sebenar menerusi Liga Super Malaysia 2023," katanya.

YB Rozi turut memaklumkan Exco Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan YB Wan Roslan Wan Hamat begitu berminat mengetahui perkembangan terkini kemajuan KUFC dalam menghadapi persaingan Liga Super musim ini.

"Pengurusan tertinggi KUFC mengadakan kunjung hormat ke pejabat YB Wan Roslan, Khamis lepas dan berterima kasih atas segala sokongan moral kerajaan negeri kepada KUFC," jelasnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-31 08:00:02

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook