Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

https://www.facebook.com/100075915548470/posts/211062384767612/?mibextid=Nif5oz LANTIKAN PERKHIDMAT...

https://www.facebook.com/100075915548470/posts/211062384767612/?mibextid=Nif5oz LANTIKAN PERKHIDMAT...



https://www.facebook.com/100075915548470/posts/211062384767612/?mibextid=Nif5oz

LANTIKAN PERKHIDMATAN, ANTARA KRONISME, NEPOTISME DAN PEMATUHAN PROSEDUR

Setelah geger isu lantikan anak PMX selaku Penasihat Kanan Kewangan Dan Ekonomi kepada PMX, mengikut hukum kronisme dan nepotisme, juga keabsahan integriti prosedur lantikan tanpa gaji yang boleh menyumbang ketirisan, nampaknya bala tentera siber BN-PH dikerah habis-habisan menegakkan benang yang basah.

Dalam keributan mempertahan itulah munculnya serangan balas mengaitkan perlantikan dua anak MB dan TMB dalam agensi negeri iaitu PKINK. Nampak bersungguh mengaitkan persamaan dengan kes lantikan anak PMX.

Namun barangkali cybertooper BN-PH terkhilaf antara lantikan kerja yang mengikut prosedur perkhidmatan PKINK oleh kedua-anak MB dan TMB dengan kaedah lantikan kronisme dan nepotisme PMX dalam kes Nurul Izzah.

Sayugia saya ingin membuat sedikit pembetulan atas kesalahan tuduhan;

1. PMX melantik anaknya selaku Penasihat Kewangan Dan Ekonomi menggunakan kuasanya semata-mata secara lantikan politik manakala PKINK melalui Kuasa Ketua Pegawai Eksekutifnya memilih kedua anak MB dan TMB mengikut prosedur biasa lantikan perkhidmatan, iklan dan temuduga mengikut kelayakan.

2. PMX yang melantik anaknya, menggunakan kuasanya. Manakala dalam kes MB dan TMB kedua-duanya langsung tidak ada kaitan dengan urusan perlantikan. Seorang ahli lembaga pengarah tiada dalam SOP perlantikan kakitangan, apa lagi jawatan-jawatan melibatkan operasi. Lantikan dibuat melalui SOP lantikan perkhidmatan dan BOD bukan dalam hirarki pengurusan.

Cukuplah dua kenyataan ini menolak cubaan mengaitkan MB dan TMB dalam isu kronisme dan nepotisme anutan PMX. Langsung tidak sama.

Rakyat memerhati dan boleh menilai betul salah. Tidak cukupkah hanya sekadar menasihat di rumah?

Tidak perlu sampai melantik anak menasihat bapa dalam urusan kerajaan melalui kuasa berjawatan sekalipun percuma.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

14 Rejab 1444 / 30 Januari 2023



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-30 09:18:43

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook