Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KELANTAN RINTIS KEPIMPINAN RABBANI

KELANTAN RINTIS KEPIMPINAN RABBANI



KELANTAN RINTIS KEPIMPINAN RABBANI

KOTA DARULNAIM – Kelantan terus unggul merintis pendekatan Kepimpinan Rabbani sebagai gaya tadbir urus kerajaan Merakyat Membangun Bersama Islam dan mengekalkan tema Kelantan Maju Rakyat Sejahtera bagi mendepani cabaran tahun 2023.

Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata inisiatif tersebut telah membuahkan hasil dengan peningkatan sebanyak RM209.94 juta atau 27.14 peratus kepada RM983.42 juta berbanding tahun 2021. Sekali gus melonjakkan kutipan hasil sebanyak 99.16 peratus daripada jumlah yang dibajetkan bagi tahun 2022.

Beliau menjelaskan Kepimpinan Rabbani yang diterapkan Kerajaan Negeri Kelantan mampu melahirkan prinsip-prinsip dalam pengurusan organisasi meliputi Konsep Tauhidiah iaitu meletakkan ketaatan hanya kepada Allah SWT.

Tambahnya, Konsep Musyawarah pula meletakkan kemuafakatan sebagai prinsip manakala Konsep Musawah menekankan kesamaan hak dan tanggungjawab di sisi Allah SWT dan Konsep 'Adalah merujuk kebebasan dalam berbagai perkara dengan batasan-batasan hak Allah SWT," katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Tahun Baharu 2023 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulniam, hari ini.

Katanya lagi, pendekatan Rabbani itu telah diperkemaskan lagi melalui Dasar Pendidikan
Rabbani Kelantan yang dilancarkan pada tahun 2018 dan dikembangkan pada tahun 2022 ke peringkat komuniti melalui Program Komuniti Rabbani.

Menurut Ustaz Dato' Ahmad, masyarakat yang baik akan menjelmakan kepimpinan yang baik dan bijaksana dalam mengurus tadbir adalah qudwah (suri teladan) kepada perkhidmatan awam.

"Kerajaan Negeri mempunyai wawasan yang kukuh terhadap pembangunan modal insan
negeri demi menjaga keutuhan generasi dan kestabilan negeri yang dibina kukuh atas kekuatan syari'at Islam," jelasnya.







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-05 06:46:49

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook