Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT PAS SANGGAH KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO Kenyataan Timbalan Presiden...

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT PAS SANGGAH KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO Kenyataan Timbalan Presiden...



KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
PAS SANGGAH KENYATAAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohamad Hasan, bahawa PAS "ingin membunuh" UMNO dalam politik negara ini dan pada masa yang sama menganggap DAP ikhlas terhadap UMNO adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan dibuat dalam keterpaksaan.

Hakikatnya rakaman sejarah politik negara ini menunjukkan UMNO terus bertekad sejak sekian lama untuk menghapuskan PAS termasuk percubaan untuk mengharamkannya pada suatu ketika dahulu.

Sebaliknya sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasarnya, PAS sentiasa berazam dan bertindak mendekati UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam dan orang Melayu yang merupakan kelompok majoriti rakyat negara ini.

Usaha Penyatuan Ummah juga seterusnya digagaskan merentasi rakyat pelbagai kaum dan agama bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni melalui saluran demokrasi dan berlandaskan lunas undang-undang.

Sehubungan itu, sebagai sebuah parti arus perdana, PAS akan terus bersikap terbuka serta bersedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan perundingan dengan mana-mana pihak dengan memfokuskan kepada titik-titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat jelata.

PAS amat yakin hanya dengan perpaduan semua parti-parti politik yang terbentuk di atas keikhlasan dan niat murni sahaja akan dapat menjamin terbentuknya sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada seluruh rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya seterusnya akan diterima baik oleh semua.

Dalam pada itu, PAS juga sentiasa menjunjung tinggi amalan serta pendekatan yang matang dan sejahtera dalam politik negara kita selain mendoakan agar sikap melulu, provokatif dan tidak berpijak pada kenyataan atas apa juga sebab dan tujuannya tidak akan menggugat serta merosakkan kesejahteraan dan hubungan baik yang sedia ada dalam masyarakat kita.


"MALAYSIA SEJAHTERA"

Takiyuddin Hassan
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 13 Januari 2023



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-13 07:22:11

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook