Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA BANTUAN BANJIR RM50 JUTA - MB

KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA BANTUAN BANJIR RM50 JUTA - MB



KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA BANTUAN BANJIR RM50 JUTA - MB

TUMPAT - Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob memaklumkan sehingga kini Kerajaan Negeri masih lagi belum menerima wang bantuan banjir seperti yang dijanjikan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Tegasnya, bantuan banjir RM50 juta yang ingin diberi kepada Negeri Kelantan dan RM 50 juta kepada Negeri Terengganu itu telah diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

"Sebelum ini, beliau (PM) berjanji nak beri bantuan memasing berjumlah RM50 juta kepada Kelantan dan Terengganu, tp bantuan itu telah disalurkan kepada JPP Kelantan.

Bagaimana cara mereka nak agih kepada rakyat kita pun tidak tahu, tapi yang pastinya kita pun menunggu bila bantuan itu akan sampai kepada rakyat," katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pasca Banjir di Kampung Sri Periok di sini, hari ini.

Terdahulu, pada majlis berkenaan seramai 1000 orang masyarakat di sekitar kampung Sri Periuk yang terkesan dengan banjir pada tahun lalu, menerima bantuan berupa kotak kit makanan kering khususnya bagi meringankan beban mereka.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tumpat YB Dato' Mumtaz Md Nawi, Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff, dan juga pimpinan setempat.











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-12 13:46:05

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook