Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Melawat pusat Waqaf An Nur di Masjid Sultan Iskandar Johor Bahru.

Melawat pusat Waqaf An Nur di Masjid Sultan Iskandar Johor Bahru.



Melawat pusat Waqaf An Nur di Masjid Sultan Iskandar Johor Bahru.

Kagum dengan prestasi Waqaf An Nur yang melengkapi keperluan masyarakat setempat.

Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Johor Corporation (JCorp). Penubuhannya bertujuan bagi menguruskan aset dan saham syarikat dalam Kumpulan JCorp yang diwakafkan.

Oleh itu, Waqaf An-Nur berperanan sebagai Maukuf Alaihi kepada saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan tersebut.
Pada asalnya Waqaf An-Nur beroperasi secara khusus dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad bermula 25 Oktober 2000. Ketika itu ia ditubuhkan hanya untuk menguruskan klinik waqaf dan pusat dialisis di bawah Johor Corporation dengan pelaksanaan operasi oleh KPJ Healthcare Berhad.

Seterusnya, nama syarikat ditukarkan kepada Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad pada 19 Julai 2005 dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 18 Mei 2009. Pertukaran nama mempunyai signifikasi yang jelas terhadap peranan lebih luas berkaitan skop yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat ini.

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-30 06:27:07

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook