Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Membetulkan kefahaman terhadap Islam dan mendekatkan jurang antara PAS dengan bukan Islam adalah age...

Membetulkan kefahaman terhadap Islam dan mendekatkan jurang antara PAS dengan bukan Islam adalah age...



Membetulkan kefahaman terhadap Islam dan mendekatkan jurang antara PAS dengan bukan Islam adalah agenda utama dalam dialog saya bersama pimpinan GERAKAN di Pulau Pinang semalam.

Saya dijemput oleh Presiden GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai untuk berdialog dengan pimpinan GERAKAN bagi memberikan penjelasan terhadap beberapa isu hangat yang sering menjadi polemik sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan bukan Islam.

Saya ditanya mengenai Islamofobia, penutupan premis judi dan arak, sambutan Oktoberfest, RUU 355 dan dasar-dasar PAS terhadap bukan Islam.

Alhamdulillah, dialog berjalan dengan sungguh harmoni dan dapat mengukuhkan lagi hubungan setiakawan dalam Perikatan Nasional serta menolak politik ekstrem yang menjejaskan hubungan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.

Saya amat berterima kasih kepada GERAKAN atas penganjuran program ini, diharapkan rakan-rakan bukan Islam dapat memahami tentang Islam sebagai suatu cara hidup dan menerima pendekatan PAS dalam mewujudkan keharmonian kaum di Malaysia.

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-10 08:53:03

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook