Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SAMA-SAMA KITA KEKALKAN KEHARMONIAN KAUM - EXCO PERPADUAN MASYARAKAT

SAMA-SAMA KITA KEKALKAN KEHARMONIAN KAUM - EXCO PERPADUAN MASYARAKAT



SAMA-SAMA KITA KEKALKAN KEHARMONIAN KAUM - EXCO PERPADUAN MASYARAKAT

PENGKALAN KUBOR - Sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini diharap akan meningkatkan lagi keharmonian hubungan kaum masyarakat di negeri ini.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato' Md. Anizam Ab. Rahman ketika berucap pada Majis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di Wisma Imtiyaz, Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor, semalam.

Katanya, dalam kita mengekalkan hubungan baik dan mesra antara kaum dalam waktu yang sama juga kita hendaklah mengelak daripada menyentuh isu-isu sensitif berhubung sesuatu kaum.

"Sama-samalah kita menghargai perpaduan dan hubungan harmoni yang sudah terjalin kukuh sekian lama di negeri ini," katanya.

Beliau yang hadir bersama isterinya, Datin Nor Asikin Ahmad turut menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Tiong Hwa.

Turut menyampaikan sumbangan ialah ADUN Pengkalan Kubor yang juga selaku Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat dan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita merangkap Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato' Mumtaz Md Nawi.

Turut hadir, para Penghulu Mukim dan Tanpa Mukim dan sekreteriat DUN Pengkalan Kubor.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg
#UPKN
#KelantanMajuRakyatSejahtera











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-22 05:21:09

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook