Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pustaka Permata Ummah dan Yayasan Permata Ummah bersama Masjid ...

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pustaka Permata Ummah dan Yayasan Permata Ummah bersama Masjid ...



Saya mengucapkan terima kasih kepada Pustaka Permata Ummah dan Yayasan Permata Ummah bersama Masjid Rusila dan Maahad Darul Quran di atas penganjuran Karnival Ilmu Rusila dan juga pelancaran buku Hidayah Itu Di Sini.

Buku ini akan menjadi pengganti kepada kitab Muqaddimah Aqidah Muslimin yang telah dikhatamkan dalam Kuliah Duha Jumaat minggu lepas.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diberikan kekuatan dan peluang untuk terus menyumbang ilmu dan pengetahuan saya kepada masyarakat terutamanya di Rusila ini yang menjadi tempat saya berkuliah.

Terima kasih kepada Kumpulan Permata Ummah kerana mengumpulkan tulisan dan ucapan saya yang dibukukan.

Buku Hidayah Itu Di Sini sebenarnya merupakan sebuah penulisan saya ketika menjalani kuarantin positif COVID-19 pada tahun lalu.

Waktu yang terluang itu diisi dengan menulis berkenaan dengan ilmu yang sering disebut oleh almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu tentang kepentingan ayat ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ.

Ilmu berkenaan ini sangat penting supaya kita tidak dikelirukan oleh golongan yang sesat.

Atas dasar tersebut, terdetik pada saya untuk meninggalkan warisan ilmu buat masyarakat setakat kemampuan saya sebelum saya meninggalkan dunia ini. Mudah-mudahan Allah SWT menerima usaha ini.

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-28 12:27:25

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook