Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

UMK JAYAKAN MISI BANTUAN BANJIR ‘WE CARE WE SHARE'

UMK JAYAKAN MISI BANTUAN BANJIR ‘WE CARE WE SHARE'



UMK JAYAKAN MISI BANTUAN BANJIR 'WE CARE WE SHARE'

KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi program 'we can we share' bersama pemain industri bergabung tenaga memberi sumbangan berbentuk keperluan dan barangan asas dan juga wang tunai khususnya bagi meringankan beban pelajar dan komuniti sekitar yang terjejas pada musim banjir yang lepas.

Menurut Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK) Dr Roslizawati Che Aziz, program ini merupakan cetusan idea dari pelajar dan staf FHPK sendiri yang secara sukarela merasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan sekadar mampu sebagai tanda prihatin kepada kebajikan komuniti terutama di Negeri Kelantan yang sering terkesan dengan bencana banjir.

"Terdahulu, seramai 20 yang terdiri daripada keluarga asnaf dan 160 orang anak-anak pelajar serta 50 orang komuniti dan juga 11 orang pengamal media Kelantan telah hadir menerima sumbangan,

Sumbangan yang diperolehi ini diperolehi melalui sumbangan daripada pelbagai pihak seperti industri, agensi badan persatuan termasuklah daripada alumni , staf dan pelajar FHPK serta warga UMK sendiri amnya," katanya.

Sementara itu, tambahnya lagi, projek ini merupakan salah satu keperluan kepada kursus subjek setelah melihat kesukaran rakan-rakan dan komuniti setempat ketika menghadapi banjir Monsun Timur Laut pada 18 Dan 19 Disember 2022 lalu.







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-19 12:06:41

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook