Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

USRAH MELESTARI AGENDA PENYATUAN Semalam sebelum mesyuarat bulanan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Kela...

USRAH MELESTARI AGENDA PENYATUAN Semalam sebelum mesyuarat bulanan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Kela...






USRAH MELESTARI AGENDA PENYATUAN

Semalam sebelum mesyuarat bulanan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, diadakan usrah ringkas dengan membincangkan tajuk ibrah daripada peperangan Hunain. Pembentangan ringkas yang ditaklifkan kepada saudara Khalid Din, Pengarah NUMED dilangsungkan dengan baik melalui penceritaan sirah dan pengajaran yang boleh diambil manfaat.

Pastinya perjalanan sirah Rasulullah terutama melibatkan strategi peperangan yang disertai nabi SAW banyak mengandungi pengajaran terutama dalam meneruskan perjuangan membawa agama dalam bentuk pentadbiran negeri dan negara. Lebih-lebih lagi kepada generasi pemuda yang sedang menelusur jalan menyantuni kawan dan lawan melalui pengalaman terdahulu terutama hikmah kebijaksanaan nabi SAW.

Dalam banyak pengajaran yang diperolehi, saya mahu kongsikan bagaimana nabi SAW menghadapi persepsi yang berlegar dalam kalangan kaum Ansar berkaitan pembahagian harta ghanimah yang banyak menyebelahi muhajirin (Quraisy).

Pertama nabi SAW responsif dengan persekitaran dan segera membetulkan persepsi yang disebarkan. Khutbah nabi SAW sejurus pembahagian ghanimah yang menyentuh hati kaum Ansar dan memberikan kefahaman apalah sangat harta rampasan jika dibandingkan dengan keberadaan nabi di Madinah bersama mereka.

Kedua nabi SAW membawakan mesej tersirat kepercayaan kepada Rasulullah dalam urusan tadbir umat Islam adalah lebih utama untuk ditegakkan. Dalam organisasi kepercayaan adalah kunci kepada kejayaan. Tanpa kepercayaan sesebuah kepimpinan tidak akan bertahan lama.

Pengajaran ketiga adalah selaku abna' harakah (anggota jemaah Islam) kita tidak sesekali boleh merosakkan kepercayaan sesama kita melalui apa sahaja samada tindakan, lisan mahupun tulisan.

Justeru usrah pemuda yang menjadi agenda bulanan pasti memberikan buah fikiran dan hikmah kebijaksanaan buat semua ahli dalam meneruskan perjuangan, juga melestari agenda penyatuan.

Siru Ala Barakatillah.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

27 Jamadil Akhir1444 / 20 Januari 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-20 14:29:55

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook