Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

WAKIL RAKYAT AMBIL MAKLUM STATUS PEMBANGUNAN DI PASIR PUTEH

WAKIL RAKYAT AMBIL MAKLUM STATUS PEMBANGUNAN DI PASIR PUTEH



WAKIL RAKYAT AMBIL MAKLUM STATUS PEMBANGUNAN DI PASIR PUTEH

PASIR PUTEH – Prihatin terhadap pembangunan setempat dan keselamatan rakyat , Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Dato' Dr Nik Zawawi Salleh bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, YB Rodzi Jaafar berkunjung ke Jabatan Kerja Raya (JKR) Pasir Puteh untuk mengetahui status terkini perkembangan pembangunan semasa.

"Berkaitan jalan rosak di Jambatan Sungai Gaal, pihak JKR telah memohon peruntukan untuk menyenggara dan Insya-Allah perkara tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat ini," tulis YB Dr Nik Zawawi menerusi laman sosialnya, semalam.

Catatnya lagi, tujuan utama kunjungan tersebut ialah bagi mendapatkan maklumat berkaitan pembangunan sedia ada dan perancangan yang dibuat untuk kerja-kerja menaik taraf jalan, pembangunan, pembesaran jambatan dan lampu jalan di bawah seliaan JKR.

Sehubungan itu, beliau mengambil pendekatan untuk memanjangkan hal tersebut kepada Kerajaan Persekutuan supaya disegerakan proses pelaksanaannya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-12 05:00:03

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook