Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

YIK CATAT PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2022

KOTA BHARU – Sepanjang tahun 2022, menyaksikan Ya...

YIK CATAT PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2022 KOTA BHARU – Sepanjang tahun 2022, menyaksikan Ya...



YIK CATAT PENCAPAIAN TERBAIK SEPANJANG TAHUN 2022

KOTA BHARU – Sepanjang tahun 2022, menyaksikan Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencatat pencapaian terbaik apabila berjaya melahirkan 219 huffaz, menjadikan jumlah keseluruhan 4496 penghafaz al-Quran.

Pecahan jumlah tersebut ialah 3018 hafiz dan 1478 hafizah dilahirkan daripada Maahad Tahfiz YIK.

Menteri besar YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob pada Majlis Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan berkata, sebagai tanda sokongan untuk menyemarakkan lagi budaya pembelajaran dan penghayatan al-Quran kepada masyarakat, Kerajaan Negeri juga telah melantik dan memberi insentif elaun kepada 2,700 guru al-Quran di seluruh Kelantan.

YIK juga telah melaksanakan Wakaf Pendidikan MAIK-YIK bertujuan menambah baik insfrastruktur dan fasiliti. Bagi menjamin keperluan Pendidikan dan kelesaan dari segi prasarana SMU (A) Tarbiah Mardiah Panchor telah dinaik taraf kepada Maahad Tarbiah Mardhiah menjadikan YIK mempunyai 29 buah sekolah berstatus Maahad.

Dengan pembukaan cawangan rangkaian makanan segera Subway YIK pada 16 ogos 2022 bersebelahan stesen minyak BHP Tunjong, premis itu berperanan sebagai sebahagian daripada aktiviti YIK bagi menjana sumber hasil baharu dengan anggaran keuntungan yang berpatutan.

Tahun 2022, YIK melakar kejayaan bukan sahaja unggul dalam pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum bahkan turut cemerlang dalam acara sukan di peringkat negeri dan kebangsaan.

YIK muncul johan keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Islam (KESSUMA) yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan pada masa sama, dinobatkan juara Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) 2022.

Selain itu, aktiviti sukan seperti Mahrajan Memanah Recurve Kebangsaan (MESMA) yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Seterusnya YIK mendapat tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan Mahrajan Tradisional Kebangsaan
di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Seperti sebelum ini, bermula dari tahun 2009, YIK berjaya mengekalkan rekod bersih dengan memperolehi Sijil Pencapaian Audit Bersih.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-12 08:25:59

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook