Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

5 Februari 2023 (14 Rejab 1444H) |  Majlis menandatangani perjanjian sewa pajakan tanah perladangan ...

5 Februari 2023 (14 Rejab 1444H) | Majlis menandatangani perjanjian sewa pajakan tanah perladangan ...



5 Februari 2023 (14 Rejab 1444H) | Majlis menandatangani perjanjian sewa pajakan tanah perladangan kelapa sawit di Mukim Blau, Lojing di antara Akademi YIK Sdn. Bhd. dengan Syarikat Dirgamaju Sdn. Bhd. telah berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Dalam ucapan YB Dato' Dr Mohamed Fadzli , beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak atas kesungguhan untuk memperkasakan pelaburan dan menjana pendapatan YIK dalam membantu pembangunan dan pendidikan Islam di Kelantan terutama di sekolah YIK.

Turut hadir bersama YM Pengarah YIK, YB Dato' Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, YB Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, YBrs. Pengurus Besar Akademi YIK Sdn. Bhd dan pegawai-pegawai Akademi YIK Sdn. Bhd.

[Admin]

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-05 07:24:43

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook