Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Ahli Gerakan Islam mesti memahami keperluan untuk melaksanakan dakwah ‘alamiah iaitu dakwah secara u...

Ahli Gerakan Islam mesti memahami keperluan untuk melaksanakan dakwah ‘alamiah iaitu dakwah secara u...



Ahli Gerakan Islam mesti memahami keperluan untuk melaksanakan dakwah 'alamiah iaitu dakwah secara universal. Perkara ini penting terutamanya dalam menghadapi realiti masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama bagi menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

Sirah Nabi Muhammad SAW menjadi contoh terbaik dalam menjayakan agenda dakwah dan siasah dalam negara kita ini.

Rasulullah SAW meneroka kemenangan awal dalam bernegara bersama hijrah ke Madinah dengan menegakkan sebuah negara bermasyarakat majmuk. Bermula dengan perpaduan umat Islam dalam kalangan Muhajirin dan Ansar, kemudiannya disertakan perpaduan dalam kalangan bukan Islam, Ahli Kitab dan Musyrikin.

Allah SWT menjanjikan kemenangan buat para pejuang Islam dalam firmannya dalam al-Quran al-Karim:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ٢٠٠﴾

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaranmu, tetaplah bersiap siaga (melaksanakan tugas), dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah Ali 'Imran: 200)

Kemenangan akan diperoleh apabila dilaksanakan segala syarat-syarat kemenangan yang melayakkan untuk mendapat pertolongan Allah SWT.

Syarat pertama, pembinaan kekuatan rohani (iman, akhlak dan ilmu secara tafaqquh). Kedua, pelaksanaan konsep berjemaah yang bercirikan Islam yang sempurna. Ketiga, persediaan kekuatan lahiriah mengikut kemampuan dengan ikhlas.

Kesemua syarat-syarat ini mestilah dipenuhi oleh setiap ahli gerakan Islam bagi mencapai kemenangan Islam di tanah air kita ini.

Bagi menjamin keutuhan, kefahaman dan ketahanan PAS, maka sangatlah penting peranan tarbiah dan ta'lim secara tafaqquh fi al-din digerakkan supaya agenda islah dan tajdid berjaya dilaksanakan.

Islah dan tajdid itu berlaku dalam perjalanan dakwah dan politik Islam yang tidak boleh terpisah, di mana jemaahnya berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, taat dan wala' kepada parti berkonsepkan tafaqquh fi al-din. Firman Allah SWT:

﴿إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِهِۦ صَفّٗا كَأَنَّهُم بُنۡيَٰنٞ مَّرۡصُوصٞ٤﴾

"Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang berjuang di jalan-Nya dalam saf yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (Surah al-Saff: 4)

[Liqa' Fikri PAS Pusat, 11 Februari 2023]

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-11 12:58:17

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook