Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Alhamdulillah sungguh meriah suasana majlis makan malam sempena kunjungan hormat rombongan Gabenor S...

Alhamdulillah sungguh meriah suasana majlis makan malam sempena kunjungan hormat rombongan Gabenor S...



Alhamdulillah sungguh meriah suasana majlis makan malam sempena kunjungan hormat rombongan Gabenor Sumatera Barat ke Negeri Kelantan. Ini merupakan pembuktian semakin eratnya hubungan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Wilayah Sumatera Barat Indonesia. Kita amat berbesar hati untuk menyambut kedatangan para tetamu terhormat ini.

Tidak dapat kita lupakan juga tentang ketokohan kepimpinan Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya HAMKA yang memainkan peranan penting dalam memperkuat hubungan antara dua wilayah ini. Kepimpinan beliau dalam bidang agama dan sosial sangat kami hargai dan hormati. Kita berharap dapat mengambil inspirasi daripada pemikiran beliau dalam membantu mewujudkan masyarakat yang rabbani dan makmur.

Semoga Majlis Makan Malam ini dapat memberikan peluang untuk memperkukuh hubungan persaudaraan dan membuka lebih banyak peluang kerjasama antara dua wilayah serumpun ini.

Kita sangat berbesar hati atas pemilihan Kelantan sebagai destinasi kunjungan. Ikatan persaudaraan sesama Muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu terus terpelihara.

Merakyat Membangun Bersama Islam

[Admin]

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-09 07:05:25

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook