Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Allah SWT menurunkan al-Quran kepada manusia pada akhir zaman untuk menjadi mukjizat ilmu yang berke...

Allah SWT menurunkan al-Quran kepada manusia pada akhir zaman untuk menjadi mukjizat ilmu yang berke...



Allah SWT menurunkan al-Quran kepada manusia pada akhir zaman untuk menjadi mukjizat ilmu yang berkekalan.

Malah, membaca al-Quran dengan betul adalah wajib hukumnya dan mereka yang berbuat demikian akan beroleh pahala berkali ganda bagi setiap hurufnya.

Begitu juga, mereka yang menulis al-Quran turut mempunyai kelebihan kerana berniat memelihara dan memuliakannya.

Namun begitu, ada juga kalangan mereka yang bukan sekadar membaca dan menulis al-Quran semata- mata.

Sehinggakan, ada kalangan yang berjaya menghafaz serta membuka sekolah-sekolah tahfiz dan kelas membaca al-Quran, termasuklah mencetak ayat-ayat al-Quran.

Ingatlah bahawa menulis, membaca dengan baik dan menghafaz al-Quran sahaja tidak mencukupi.

Hal ini demikian kerana, Allah SWT telah bersikap murka terhadap kaum Yahudi yang hanya membaca kitab Taurat dan berzikir dengannya, tetapi mereka tidak beramal dengan petunjuk yang terkandung dalam kitab tersebut.

Kuliah Duha Jumaat, 12 Rejab 1444H





















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-03 11:55:40

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook