Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

ANWAR ANTARA POLITIK DENDAM, KLEPTOKRASI DAN NEPOTISME PENTADBIRAN Politik dendam adalah terjemahan...

ANWAR ANTARA POLITIK DENDAM, KLEPTOKRASI DAN NEPOTISME PENTADBIRAN Politik dendam adalah terjemahan...






ANWAR ANTARA POLITIK DENDAM, KLEPTOKRASI DAN NEPOTISME PENTADBIRAN

Politik dendam adalah terjemahan tindakan menggunakan kuasa yang ada untuk menekan pihak lawan. Taktik ini banyak digunakan oleh diktator yang bekuasa mutlak. Ia juga boleh jadi neokolonialisme melalui peluasan kuasa politik terutama melalui tekanan ekonomi terhadap lawan.

Kleptokrasi yang merujuk kepada istilah korupsi iaitu perilaku rasuah dan pencuri harta rakyat adalah sejenis jenayah. Jika ia disandarkan pada pemerintah negara, kleptokrasi adalah jenayah bikinan pemerintah terhadap duit kerajaan yang fungsinya telah dimanipulasi oleh golongan berkepentingan.

Nepotisme pula merujuk kepada amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri sahaja. Dalam banyak perkara seputar pentadbiran, yang diberikan peluang berkuasa adalah keluarga terdekat sekalipun dikatakan tidak bergaji.

Terma tidak bergaji dalam konteks perkhidmatan, apa lagi melalui watikah kuasa yang tertakluk perintah am dan pekeliling kerajaan telah diceroboh secara kontrak. Boleh jadi kontrak lantikan yang diguna-pakai adalah khas untuk penyandang tetapi ia telah menjadi kes rujukan untuk penjawat awam atau lantikan politik akan datang secara leluasa.

Kebimbangan boleh jadi pada keistimewaan-keistimewaan lain yang berupa kemudahan termasuk hak untuk mengarah, mengubah keputusan, menetapkan dasar polisi yang boleh mempengaruhi implikasi kewangan negara.

Apa jadi dengan lantikan politik sebegini jika dibiarkan berleluasa?

Wewenang digunakan atas nama lantikan tanpa gaji atau ganjaran kepada ahli keluarga oleh anggota kabinet sebagaimana penegasan Perdana Menteri boleh mengundang cacamarba dalam tadbir urus. Malah terdedah dengan salah guna kuasa, hanya kerana istilah sweet-manja tanpa gaji.

Namun kenyataan Anwar nampak berbeza dengan pandangan Rafizi yang mengharapkan tiada lagi lantikan seumpama itu di kemudian hari. Barangkali tidak sempat pre-council antara Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi atau mungkin juga Rafizi sendiri sedikit geram atas lantikan melibatkan lantikan penasihat ekinomi. Seolahnya beliau tidak kompeten sehingga perlukan penasihat.

Apa pun kemelut isu ini pasti akan berpanjangan dan terma lantikan tanpa gaji perlu dimasukkan dalam mana-mana perintah am dan pekeliling perkhidmatan untuk juga dikawal selia di bawah bidang kuasa JPA atau agensi berkaitan. Diurus secara guna sama dan tidak terhad kepada Perdana Menteri. Itu pun jika munasabah.

Banyak perkara bersangkutan pentadbiran telah diguna secara luar tabii oleh Anwar termasuk nepotisme dan satu dunia tahu Malaysia tercemar dengan permulaan kleptokrasi negara dengan melantik Zahid, kluster mahkamah sebagai TPM.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

17 Rejab 1444 / 8 Februari 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-08 08:31:09

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook