Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Jutaan tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) di atas penerimaan Anugerah Bandar ...

Jutaan tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) di atas penerimaan Anugerah Bandar ...



Jutaan tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) di atas penerimaan Anugerah Bandar Rendah Karbon menjadikan MDTM Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama di negeri Kelantan yang menerima anugerah ini.

Kami menyokong penuh usaha Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengurangkan pengeluaran karbon di bandar bandar utama di seluruh negeri Kelantan.

Pelbagai inisiatif telah diberikan kepada PBT di negeri Kelantan dalam usaha untuk menjadikan negeri ini bebas karbon termasuk tajaan yuran penyertaan Low Carbon City Challege 2030 (LCC) melalui peruntukan pembangunan teknologi hijau dibawah jawatankuasa portfolio saya.

Terdahulu, setiap PBT di Kelantan saya peruntukkan RM 5,000.00 bagi menyertai chalange ini sekaligus membuka ruang kepada geran RM 250,000.00 bagi setiap PBT dalam pembangunan LCC melalui KASA sebelum ini.

Diharap PBT lain dapat menyahut saranan Kerajaan Negeri untuk menjadikan bandar utama di negeri ini bebas karbon.

Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd yang telah dilantik sebagai Rakan Strategik Kerajaan Negeri Kelantan dalam membangunkan industri teknologi hijau sentiasa bersedia untuk membantu PBT dalam menjadikan bandar utama di negeri ini bandar bebas karbon. Tahniah MDTM. Tahniah KUM.

Kelantanutilities Mubaarakan
Majlis Daerah Tanah Merah
Kementerian Alam Sekitar dan Air









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-21 06:58:41

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook