Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan Solidariti Rakyat Turkiye Dan Syria: Kelantan Sumbang RM 100...

Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan Solidariti Rakyat Turkiye Dan Syria: Kelantan Sumbang RM 100...



Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan

Solidariti Rakyat Turkiye Dan Syria: Kelantan Sumbang RM 100 Ribu.

Kerajaan Negeri Kelantan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM 100 ribu kepada Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di kedua-dua negara.

Sumbangan ini adalah tanda solidariti rakyat Kelantan terhadap mangsa gempa bumi yang kini mengorbankan lebih 40 ribu dan puluhan ribu yang lain mengalami kecederaan sementara jumlah mangsa yang kehilangan tempat tinggal mencecah angka lebih sejuta.

Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat serta pemulihan pasca bencana.

Dato' Bentara Kanan
Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob
Menteri Besar Kelantan

27 Rejab 1444 bersamaan 18 Februari 2023

...
-Baca seterusnya...
2023-02-18 05:12:50

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook