Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KENYATAAN MEDIA Perikatan Nasional (PN) memandang berat kenyataan Perdana Menteri yang mengesahkan ...

KENYATAAN MEDIA Perikatan Nasional (PN) memandang berat kenyataan Perdana Menteri yang mengesahkan ...



KENYATAAN MEDIA

Perikatan Nasional (PN) memandang berat kenyataan Perdana Menteri yang mengesahkan peruntukan pembangunan kepada Ahli-Ahli Parlimen akan dikurangkan pada tahun ini sebanyak 65 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Meskipun Kerajaan Persekutuan dikatakan mengambil langkah mengawal kewangan selaras dengan kedudukan dan kekangan ekonomi negara, namun peruntukan pembangunan yang disalurkan melalui Ahli Parlimen yang memberikan manfaat dan faedah terus kepada rakyat tidak sepatutnya diganggu meskipun dikurangkan.

PN turut menggesa Perdana Menteri memberikan jaminan bahawa peruntukan pembangunan ini akan diberikan kepada semua Ahli-Ahli Parlimen seluruh negara merentasi parti mereka sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu. Sebelum ini peruntukan tersebut pula disalurkan terus kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Jaminan ini amatlah penting diberikan kerana ia juga selaras dengan Tawaran Harapan yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa PRU15, iaitu:

Peruntukan Kawasan Sama Rata

HARAPAN bakal menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama rata kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti kerana mereka mewakili kepentingan rakyat di Kawasan itu. Peruntukan dana juga perlu disalurkan melalui Parlimen dan bukannya Pejabat Perdana Menteri (PMO).

PN mengharapkan Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia mengutamakan kepentingan rakyat dan mengurangkan unsur-unsur seumpama deraan dan balas dendam kepada pihak Pembangkang yang telah menerima mandat yang sah dari rakyat melalui saluran demokrasi pilihan raya dan memenuhi lunas-lunas undang-undang.

TAKIYUDDIN HASSAN
Ketua Whip
Perikatan Nasional

4 Februari 2023



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-04 13:11:31

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook