Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

KERAJAAN NEGERI SEDIA KERJASAMA BERSAMA LKTN BANGUNKAN AGRIKOMODITI

KOTA BHARU – Kementerian Perlad...

KERAJAAN NEGERI SEDIA KERJASAMA BERSAMA LKTN BANGUNKAN AGRIKOMODITI KOTA BHARU – Kementerian Perlad...



KERAJAAN NEGERI SEDIA KERJASAMA BERSAMA LKTN BANGUNKAN AGRIKOMODITI

KOTA BHARU – Kementerian Perladangan dan Komoditi kini memfokuskan Pelan Strategik Lembaga Kenaf dan Tembakau (LKTN) 2021-2025 kepada pembangunan industri fiber berasaskan tumbuhan dan kawal selia industri tembakau.

Bagaimanapun mengulas lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia bekerjasama dengan kementerian itu dalam membangunkan sektor agrikomoditi ini kearah yang lebih mampan dan berdaya maju.

"Kita percaya, pelan strategik ini akan berjaya melalui beberapa pelaksanaan yang efektif dengan sasaran yang spesifik berdasarkan semakan prestasi sepanjang pelaksanaannya.

Ini kerana, industri Kenaf mempunyai potensi yang baik untuk dibangunkan sebagai satu sumber ekonomi yang baharu," katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Strategik Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2021 - 2025 dan Anugerah Penanam, Industri dan Inovasi Kenaf Tahun 2021.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataanya berkata sebanyak tujuh Pelan Strategik LKTN 2021-2025, telah pun digariskan yang merangkumi ketampanan, produktiviti, penjanaan nilai, pembangunan pasaran, keterangkuman, perlesenan dan penguatkuasaan serta penyampaian perkhidmatan secara berkesan.

#ViraliyatBerita4ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-05 08:40:57

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook