Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Majlis Pelancaran Sukatan Gantang Beras Skim Al It'aam Kerajaan Negeri Kelantan berjaya disempurnaka...

Majlis Pelancaran Sukatan Gantang Beras Skim Al It'aam Kerajaan Negeri Kelantan berjaya disempurnaka...



Majlis Pelancaran Sukatan Gantang Beras Skim Al It'aam Kerajaan Negeri Kelantan berjaya disempurnakan pada pagi ini oleh YB Dato' Mohd Amar Bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang berlansung di Dataran Kemahkotaan, Machang.

Skim Al-It'aam ini telah diperkenalkan oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak tahun 2011 sebagai bantuan kepada asnaf yang memerlukan. Kerajaan Negeri telah memperuntukan hampir RM50 juta kepada 13,500 penerima Skim Al-It'aam bagi keseluruhan DUN Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, melalui skim tersebut, penerima mendapat bekalan empat gantang beras (10.8 kilogram), minyak masak satu kilogram dan gula satu kilogram setiap bulan. Manakala, pada bulan Ramadan tambahan satu kotak kurma turut diagihkan kepada penerima melalui DUN masing-masing.

Kini, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) sebagai penggerak utama telah untuk menguruskan skim ini demi menjayakan aspirasi Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Negeri Berkebajikan. Tahniah kepada semua yang terlibat!

[Admin]

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-16 06:49:36

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook