Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

PASUKAN MILL KELANTAN HARUMKAN NAMA NEGERI, DIRAI

PASUKAN MILL KELANTAN HARUMKAN NAMA NEGERI, DIRAI



PASUKAN MILL KELANTAN HARUMKAN NAMA NEGERI, DIRAI

KOTA BHARU - Pihak kerajaan negeri sentiasa menghargai setiap sumbangan rakyat negeri ini yang telah berjasa mengharumkan nama negeri dalam setiap bidang yang diceburi.

Demikian kenyataan Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pasukan Liga Tunas Malaysia (MiLL) Negeri Kelantan di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, semalam.

Majlis anjuran Jabatan Belia Sukan Negeri Kelantan (JBSN) itu diadakan sebagai penghargaan kepada pasukan Liga Tunas Malaysia Negeri Kelantan bawah 12 tahun dari Sekolah Kebangsaan Sabak dan 16 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Dua (SID) yang berjaya mara ke peringkat kebangsaan pada Disember 2022.

Pasukan bawah 12 tahun telah berjaya mendapat tempat kedua manakala pasukan bawah 16 tahun berjaya mendapat tempat ketiga.

Katanya, majlis seumpama itu perlu diadakan sebagai motivasi dan keraian kepada semua pemain liga tunas yang telah berjasa mengharumkan nama negeri Kelantan.

Dalam majlis tersebut, YB Ustaz Wan Roslan turut menyampaikan sijil dan cenderahati kepada para pemain.

Turut hadir, Pengarah JBSN, Asmadi Mohamad.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-02 01:44:19

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook