Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Turkiye dan Syria yang diuji dengan kejadian ge...

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Turkiye dan Syria yang diuji dengan kejadian ge...



Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh rakyat Turkiye dan Syria yang diuji dengan kejadian gempa bumi terburuk dalam sejarah bencana alam di negara tersebut.

Dilaporkan bahawa gempa bumi yang berukuran 7.8 magnitud tersebut telah meragut lebih 3,800 nyawa setakat ini dan lebih 13,293 lagi dilaporkan cedera. Usaha pencarian mangsa masih lagi berlangsung.

Kejadian gempa bumi tersebut juga turut mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda, bangunan dan kediaman di wilayah - wilayah yang terkesan akibat kejadian tersebut seperti di Gaziantep, Osmaniye, Malatya, Adiyaman, Diyarbakir, Adana, Kilis dan Sanliurfa.

Insya-Allah Parti Islam Se-Malaysia akan menggerakkan bantuan melalui PASRelief. Usaha ini sudah mula digerakkan dan satu gabungan NGO telah dibentuk untuk menyelaras bantuan bencana gempa bumi dengan kadar segera.

Semoga Turkiye, Syria dan warga kedua-dua negara berkenaan dilindungi dan dirahmati Allah SWT.

#prayforturkiye
#PrayForSyria



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-07 10:25:36

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook