Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Selamat menduduki peperiksaan buat semua calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU & DINI), Si...

Selamat menduduki peperiksaan buat semua calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU & DINI), Si...



Selamat menduduki peperiksaan buat semua calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU & DINI), Sijil Menengah Tahfiz Al Quran (SMTQ) dan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) bagi tahun 2022 yang bakal berlansung pada 5 hingga 14 Februari 2023.

Semoga Allah kurniakan kecemerlangan buat anak-anak pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan ini agar kita berjaya memartabatkan ilmu dan membangunkan masyarakat ke arah kemenjadian insan mulia yang faqih di Malaysia khususnya di bumi Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim.

Sesungguhnya peperiksaan bukanlah segalanya akan tetapi keputusan peperiksaan banyak membezakan antara yang berjaya dengan sebaliknya. Justeru, jangan kita bersifat alpa dan cuai tetapi hendaklah kita teruskan momentum semangat dengan bersungguh-sungguh sehingga kita selesai peperiksaan.

Sebenarnya peperiksaan ini adalah penting untuk menjadikan kita sentiasa bersungguh-sungguh menampak ke hadapan dan akhirnya kita menjadi insan rabbani yang mempunyai keperibadian yang unggul demi melestarikan prinsip Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK).

Di saat kita menghadapi peperiksaan ini, menjadi perkara yang amat penting ke atas kita untuk berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT seiring dengan strategi usaha yang mantap serta pergantungan kita kepada Allah SWT. Tidak dilupakan peri penting keredaan Allah, ibubapa dan guru yang bakal mencapai natijah yang cemerlang tatkala keinginan jiwa untuk melakarkan kejayaan.

Bittaufiq wannajah!



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-04 13:40:54

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook