Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

SISTEM E-BENCANA PERMUDAH URUSAN MANGSA BANJIR - DATO'  MUMTAZ

SISTEM E-BENCANA PERMUDAH URUSAN MANGSA BANJIR - DATO' MUMTAZ



SISTEM E-BENCANA PERMUDAH URUSAN MANGSA BANJIR - DATO' MUMTAZ

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri, YB Dato' Mumtaz Md Nawi memaklumkan pelaksanaan sistem e-Bencana mempermudahkan urusan mangsa banjir menerima bantuan yang sepatutnya daripada pihak berwajib.

Oleh itu, beliau berharap setiap rakyat di negeri ini yang terlibat dengan musibah banjir agar mendaftarkan maklumat diri di dalam sistem e- Bencana Kelantan bermula 1 februari sehingga 31 Mei 2023.

Katanya, melalui pendaftaran penduduk ini secara tidak langsung akan memudahkan pendaftran mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) nanti, selain memudahkan pihak kerajaan memberi bantuan kewangan yang diperlukan mangsa semasa, dan selepas berlakunya bencana.

"Kelebihan e-Bencana ini, pegawai berwajib mereka akan mengesahkan pendaftaran itu serta mendapatkan info mangsa terus tanpa melalui proses birokrasi, dan seterusnya boleh agihkan bantuan kepada mangsa sebenar bukan hanya kepada pemerhati kejadian sahaja,

Cara pendaftaran tersebut boleh dengan melalui tiga cara mudah seperti melalui portal/Web e- Bencana Kelantan (https://ebencana.kelantan.gov.my), juga melalui aplikasi mobile dan boleh mengisi melalui borang,"Katanya pada Majlis Pelancaran Sistem Pengurusan Bencana Negeri di Dewan Teratai, semalam.

Dalam masa yang sama tambahnya, dengan terlaksananya sistem e-Bencana ini akan membolehkan sistem pengurusan mangsa, bekalan, dan bantuan kemanusiaan semasa kejadian akan menjadi lebih mudah serta sistematik dan seterusnya menjadi One Stop System bagi pengurusan bencana di Negeri Kelantan.

"Tidak lupa juga kepada semua petugas di jajahan agar mengambil inisiatif yang sama untuk memaklumkan kepada semua sukarelawan yang terdapat di jajahan masing-masing agar mendaftarkan melalui aplikasi mudah alih e-Bencana," ulasnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-08 08:42:34

#semasa

#semasa
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook