Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Whiter Than White. "Saya mohon Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak melantik ahli-ahli parlim...

Whiter Than White. "Saya mohon Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak melantik ahli-ahli parlim...



Whiter Than White.

"Saya mohon Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya tidak melantik ahli-ahli parlimen yang ada kes mahkamah dalam pertuduhan rasuah dan pecah amanah menjadi menteri dalam kerajaan perpaduan." -MP Pasir Gudang, PKR.

"Yang terbaik dan paling ideal, saya fikir tidak letakkan mereka (yang ada kes mahkamah) dalam kabinet supaya tidak timbul isu kelak.

"Kita boleh katakan kes masih berjalan di mahkamah dan sebagainya, tetapi bagi saya seelok-eloknya kena 'whiter than white' bila memegang Amanah." – MP Setiawangsa, PKR.

https://www.malaysiakini.com/news/645928

PKR memang benci rasuah. Itulah yang mereka laungkan setiap kali pilihan raya. Tapi Anwar menconteng arang di muka seluruh ahli PKR bila melantik Zahid sebagai TPM.

Sudahlah rakyat kena tipu, ahli sendiri pun dapat malu bila Presiden sendiri gadaikan prinsip parti.

Maka agenda Madani diperkenalkan untuk memperelokkan tindakan melanggar prinsip sendiri. Kata Anwar,

"Saya hanya boleh beri jaminan ia tidak ganggu prinsip dan dasar termasuk madani yang saya terapkan."
https://malaysiagazette.com/2023/02/21/anggota-kabinet-terlibat-kes-pecah-amanah-tak-ganggu-dasar-membangun-malaysia-madani-pm/

UMNO pula tidak perlu risau. Kata Ketua Pemuda UMNO,

"PH menukar Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Rayuan dan kemudiannya menggantikan dengan individu yang cenderung kepada mereka."

"Selepas dilantik, mereka gugurkan semua kes terhadap pemimpin PH termasuk kes yang sudah dibicarakan di mahkamah seperti kes rasuah banglo Guan Eng dan kes Rafizi yang sudah masuk kes pembelaan."
https://umno-online.my/2022/09/22/jangan-lupa-apabila-ph-dapat-jadi-kerajaan-ini-mereka-lakukan-dr-asyraf-wajdi/

Dengan apa yang didakwa Asyraf Wajdi, UMNO boleh mengharapkan PH untuk 'menjaga' Zahid.

Asyraf juga pernah 'kagum' apabila PH lantik Lim Guan Eng yang ketika itu dibicarakan kerana rasuah dilantik jadi Menteri Kewangan.

"Yang paling mengagumkan, inividu yang masih dibicarakan kerana rasuah turut dilantik sebagai Menteri Kewangan untuk mengendalikan duit kita. Pada masa itu, mana suara korang? Korang ni Majlis Peguam atau Majlis Penasihat PH?"

Beliau mesti terlebih kagum sekarang apabila Presiden sendiri dilantik bukan sahaja sebagai Menteri, dapat jadi TPM lagi. 2 jawatan sekali gus.

"PH lakukan pendakawaan terpilih bermotif politik terhadap saya dan lebih 20 pemimpin UMNO" – Zahid Hamidi, 29 Ogos 2022.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ph-lakukan-pendakwaan-terpilih-terhadap-saya-lebih-20-pemimpin-bn-ahmad-zahid-378431

Maka hari ini PH kesal dan menebus salah mereka dengan mengutip UMNO yang terbuang.

NAZRUL NAZIR
Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-24 09:35:09

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook