Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Alhamdulillah, saya bersama-sama YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah m...

Alhamdulillah, saya bersama-sama YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah m...



Alhamdulillah, saya bersama-sama YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pasar Tok Kenali pagi ini.

Sejumlah RM4 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam membangunkan Pasar Tok Kenali yang berkeluasan 3.47 ekar ini.

Pembinaan Pasar Tok Kenali ini merupakan salah satu usaha KPKT dan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dalam menyediakan kemudahan sosio ekonomi yang lebih moden dan selesa kepada penduduk setempat.

Ia melibatkan pembangunan semula bangunan pasar sedia ada dengan ruang niaga baharu yang terdiri daripada 29 gerai dan 1 stor secara lebih teratur dan kondusif bagi keselesaan peniaga dan pengunjung.

Selain itu, terdapat pasar mingguan dengan lantai terbuka bagi menempatkan 60 orang peniaga pada satu masa. Berkonsepkan "Sejahtera", Pasar Tok Kenali juga menyediakan kemudahan awam seperti surau, tandas, rumah sampah dan tempat letak kereta.

Kerajaan Negeri berharap agar Pasar Tok Kenali ini dapat menjadi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi khususnya di Bandar Kubang Kerian dan seterusnya menjadi contoh kepada pasar-pasar lain yang ada di Negeri Kelantan ini.

#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KelantanMajuRakyatSejahtera



















...
-Baca seterusnya...
2023-03-19 04:55:12

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook