Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

BANJIR JOHOR : TUMPUAN KE DAERAH BATU PAHAT

BANJIR JOHOR : TUMPUAN KE DAERAH BATU PAHAT



BANJIR JOHOR : TUMPUAN KE DAERAH BATU PAHAT

1. Melalui laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) malam tadi dab hasil tinjauan ke beberapa Bilik Operasi (BO) Khidmat Malaysia semalam, jumlah mangsa di negeri Johor terus menurun dengan jumlah seramai 19,041 orang masih ditempatkan di 75 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

2. BO kawasan Ayer Hitam di Yong Peng, Parit Sulong di Sri Medan dan Rengit di Batu Pahat terus diaktifkan walaupun Johor telah memulakan sesi persekolahan telah bermula hari ini.

3. Semalam, operasi Pembersihan diteruskan di Sri Medan dan Yong Peng serta Parit Raja manakala di Senggarang, aktiviti pembersihan tidak dapat diteruskan kerana masih banyak kampung yang bergenang dengan air banjir sehingga kini. Lawatan ke Pintu Air Sungai Senggarang petang semalam mendapati bahawa operasi mengepam air untuk menangani "banjir termenung" di daerah Batu Pahat khususnya diharapkan akan dapat diselesaikan sebelum tiba Ramadan.

4. Perbincangan juga diadakan bersama Penyelaras Khidmat Malaysia kawasan Batu Pahat dan kawasan Parit Sulong bagi memastikan bahawa Operasi Pembersihan dapat diteruskan walaupun di dalam bulan Ramadhan nanti.

5. Bilik Gerakan Negeri (BGN) Johor yang telah di buka sejak 17 hari yang lalu turut di minta untuk teruskan beroperasi kerana penyelaras petugas dan bantuan sumbangan dari luar Johor perlu di susun dengan rapi.

6. Khidmat Malaysia akan teruskan komitmen membantu mangsa bencana banjir di Johor. Walaupun Daerah Batu Pahat menjadi tumpuan namun keadaan banjir di daerah lain terus dipantau. Begitu juga dengan perkembangan yang melanda negeri Pahang dan Sarawak yang sedang dilanda banjir kilat ketika ini.

7. Sebarang maklumat berkaitan bencana banjir boleh disalurkan ke Hotline Khidmat Malaysia di talian 011-14174789.

8. Hulurkan sumbangan anda ke akaun KHIDMAT MALAYSIA (Maybank: 5623 8454 2866) untuk membantu mangsa bencana banjir dan sukarewalan yang terlibat.

9. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan para petugas dan sukarelawan serta mangsa banjir yang terkesan dengan bencana banjir ini.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAAN, BERAMAL KERANA ALLAH

KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
27 Sya'aban 1444 / 19 Mac 2023

#KhidmatMalaysia











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-19 03:01:11

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook