Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Kenyataan Media

PEMULIHAN HUBUNGAN ARAB SAUDI – IRAN TANDA BERMULANYA PENYATUAN UMMAH

PAS menyambu...

Kenyataan Media PEMULIHAN HUBUNGAN ARAB SAUDI – IRAN TANDA BERMULANYA PENYATUAN UMMAH PAS menyambu...



Kenyataan Media

PEMULIHAN HUBUNGAN ARAB SAUDI – IRAN TANDA BERMULANYA PENYATUAN UMMAH

PAS menyambut baik pemulihan hubungan antara Arab Saudi - Iran dan menganggapnya sebagai langkah awal ke arah penyatuan ummah secara menyeluruh ke atas umat dan Dunia Islam.

Ia adalah tindakan yang amat baik dalam usaha untuk merapatkan kembali hubungan antara Arab Saudi - Iran yang selama ini terjejas akibat campur tangan dan tipu daya pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan untuk keuntungan mereka semata-mata.

Pemulihan hubungan ini juga turut dijangka akan memainkan peranan penting dalam menstabilkan suhu geopoltik di Asia Barat terutamanya penyelesaian konflik di Yaman, Syria, Lubnan dan Libya serta mampu menguatkan lagi perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin.

Umat dan Dunia Islam sewajarnya turut sama menyambut baik langkah ini di samping menjadikannya sebagai contoh dan tauladan dalam usaha untuk mengeratkan kembali hubungan bagi mengelakkan sengketa berpanjangan yang merugikan ummah secara keseluruhan.

PAS mendoakan agar pemulihan hubungan antara Arab Saudi - Iran akan terus berkekalan seterusnya menjadi titik tolak ke arah perpaduan dan penyatuan ummah ke atas seluruh umat dan Dunia Islam.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 20 Syaaban 1444 / 13 Mac 2023

...............................

Press Statement

THE RESTORATION OF SAUDI ARABIA - IRAN RELATIONS SIGNALS THE BEGINNING OF THE UNIFICATION OF THE UMMAH

PAS welcomes the restoration of relations between Saudi Arabia and Iran as an initial step towards unifying the ummah and the broader Muslim world.

PAS views this as a commendable effort to restore the relationship between Saudi Arabia and Iran, which was previously disrupted and manipulated by certain factions seeking to exploit it for their own benefit.

This restoration is also anticipated to promote stability in the West Asian region by facilitating the resolution of conflicts in Yemen, Syria, Lebanon, and Libya. Furthermore, it could bolster the ongoing effort to secure the liberation of Palestine.

The ummah and the broader Muslim world should warmly embrace this step and use it as an inspiring example for rekindling relationships, thereby preventing protracted disputes that harm the ummah as a whole.

PAS prays that the restoration of relations between Saudi Arabia and Iran will endure and serve as a starting point towards unifying the ummah and the broader Muslim world.

ABDUL HADI AWANG
PAS President

20th Syaaban 1444 / 13th March 2023



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-13 01:27:38

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook