Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

LUHAM MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN DUA PEGUAM KANAN SEBAGAI AHLI PAS

LUHAM MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN DUA PEGUAM KANAN SEBAGAI AHLI PAS



LUHAM MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN DUA PEGUAM KANAN SEBAGAI AHLI PAS

18 Mac 2023 @ 9.45 malam – Rusila, Marang, Terengganu.

Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat mengalu-alukan penyertaan 2 Peguam Kanan – Haji Yusfarizal bin Yussoff dan Mohd Faizi bin Che Abu sebagai ahli PAS.

Majlis ringkas penyerahan Borang Keahlian PAS kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah berlangsung di Masjid TokGuru, Rusila, malam tadi.

Turut hadir menyaksikan penyerahan Borang Keahlian PAS tersebut ialah Naib Presiden PAS, YAB Dato Seri Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Setiausaha Agung PAS YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi LUHAM, Hj Wan Rohimi bin Wan Daud.

Hj Yusfarizal dan Mohd Faizi adalah 2 Peguam Kanan yang tidak asing bagi LUHAM, kerana telah lama memberikan khidmat perundangan secara probono kepada PAS dan pimpinan PAS, antaranya melibatkan kes-kes berprofail tinggi yang telah dan sedang berlangsung seperti Kes Kristian Maklin Masiau -lwn- Abdul Hadi Awang (Mahkamah Persekutuan), YB Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man -lwn- YB Rafizi Ramli, YAB Mohd Sanusi bin Mohd Nor -lwn- Mahfuz Omar, YAB Anwar Ibrahim -lwn- YAB Mohd Sanusi Mohd Nor, YAB Anwar Ibrahim -lwn- Datuk Hj Amzad Hashim, dan kes YAB Anwar Ibrahim -lwn- Datuk Hj Awang Solahudin Hashim.

Pada masakini, bersama-sama dengan pasukan Peguam LUHAM Pusat, kedua-duanya sedang mengendalikan 6 Petisyen Pilihanraya yang difailkan BN/UMNO terhadap PAS/PN melibatkan kerusi Parlimen Marang-Kuala Terengganu-Kemaman-Gua Musang-Masjid Tanah-Putrajaya.

Hj Yusfarizal bin Yussoff telah beramal sebagai Peguambela & Peguamcara selama 20 tahun dan pada masakini adalah merupakan Managing Partner kepada firma guaman Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Peguam selama 4 penggal, jurulatih advokasi bertauliah Majlis Peguam, pensyarah sambilan di UIA dan USIM dan penulis buku "Civil Litigation in Malaysia: A Practical Guide to Drafting Pleading". Beliau telah terlibat dalam banyak kes berprofil tinggi seperti SIS Forum Malaysia v MAIS (mewakili MAIS), mewakili peneroka Kemahang 3 dalam saman sivil ke atas FELDA dan juga mewakili Batu Kemas Sdn Bhd dalam saman kecuaian ke atas TNB yang mana Mahkamah mengaward gantirugi sebanyak RM35 juta.

Manakala Mohd Faizi bin Che Abu telah beramal sebagai Peguambela & Peguamcara selama 11 tahun dan merupakan Managing Partner firma guaman Tetuan Tengku Amalin & Faizi. Sebelum menjadi peguam, beliau pernah berkhidmat selama 9 tahun sebagai pegawai undang-undang Badan Kehakiman termasuk menjawat jawatan Majistret dan mantan Pegawai Khas kepada Presiden Mahkamah Rayuan Tun Md Raus Sharif (mantan Ketua Hakim Negara). Antara kes berprofil tinggi dikendalikan beliau adalah bertindak sebagai Koroner dalam kes kematian artis Sujatha (2008) dan Raqeem Rizqi melibatkan pengubahan wang haram di Mahkamah Persekutuan.

LUHAM sangat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan keduanya sebagai Ahli PAS dan berharap akan dapat menyumbang dan memperkasakan lagi sayap perundangan PAS.

#Bersih dan Stabil
#PN Best
#PAS Pilihanku

Sekian.

Ahmad Lutfi bin Awang
Setiausaha,
LUHAM PAS Pusat
19.3.2023 @ 8.30 pagi





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-19 00:54:56

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook