Terus ke kandungan

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

NASIB EKONOMI MELAYU ERA KERAJAAN ANWAR-ZAHID Ketika era Perikatan Nasional, pada 2022 kerajaan tel...

NASIB EKONOMI MELAYU ERA KERAJAAN ANWAR-ZAHID Ketika era Perikatan Nasional, pada 2022 kerajaan tel...



NASIB EKONOMI MELAYU ERA KERAJAAN ANWAR-ZAHID

Ketika era Perikatan Nasional, pada 2022 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM77.3 bilion subsidi untuk rakyat kembali hidup selepas era pandemik dan kesan ekonomi global (perang Rusia-Ukraine).

Namun, Kerajaan Anwar-Zahid hanya memperuntukkan RM64 bilion untuk subsidi bagi tahun 2023. Nasib kita orang Malaysia tokoh rakyat yang dahulunya berceramah serata Malaysia mahu membela rakyat, kini telah mengurangkan jumlah subsidi di era pentadbiran mereka.

Sedangkan jelas 2023 ini tahun yang sukar.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), ekonomi Malaysia dijangka mula menyederhana berikutan daripada kesan ketidakstabilan ekonomi global yang akan memberikan kesan secara tidak langsung kepada ekonomi Malaysia.

Pada masa yang sama Kerajaan Anwar-Zahid ini juga berpendirian tegas untuk tidak membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk secara bersasar.

Ini adalah kerja jahat dan menekan. Rakyat di bawah sedang sengsara untuk makan dan melunaskan komitmen bulanan mereka demi meneruskan hidup, alih-alih Anwar-Zahid yang sedang bersenang lenang di kerusi empuk Putrajaya menyekat duit milik rakyat yang sedang hidup dengan penuh kesusahan ini.

Penjawat awam juga jadi mangsa. Sebelum PRU mereka janji untuk naikkan gaji rakyat dengan intervensi kuasa kerajaan namun kini disuruh pula Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk bersabar kerana tidak menaikkan gaji akan kakitangan penjawat awam yang menjadi nadi kepada keberhasilan gerak kerja dasar kerajaan pada hari ini.

Sedangkan kos sara hidup rakyat terus meningkat. Namun Kerajaan Anwar-Zahid ini hanya pejam mata melihat rakyat sengsara.

Ada di antara peneroka FELDA yang hampir tidak terkira hutang mereka kepada FELDA. Namun 'Abah' (PM8) hadir melegakan jiwa mereka. Dihapusnya oleh beliau akan hutang-hutang mereka sebanyak RM8.3 bilion melalui kuasa politik yang beliau ada.

Namun, Anwar-Zahid dengan kuasa politik yang mereka dapat melalui 'Deal of Century Cikgu' telah menghentikan inisiatif ini.

Inilah nasib kita khususnya orang Melayu di era Anwar-Zahid. UMNO hanya dijadikan alas kaki untuk mereka membentuk kerajaan untuk bersenang lenang, bukan untuk membangun ekonomi Melayu.

HANIF JAMALUDDIN
Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor

Rujukan :
1. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/subsidi-2022-kini-berjumlah-rm77-3-bilion-terbesar-dalam-sejarah-bagi-meringankan-kos-sara-hidup-rakyat
2. https://www.hmetro.com.my/bisnes/2022/12/920356/ekonomi-malaysia-sederhana-pada-2023
3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1067628/kerajaan-tak-akan-benar-keluar-kwsp-ahmad-maslan
4. https://www.suarakeadilan.my/post/ph-tawarkan-kenaikan-gaji-dengan-campurtangan-kerajaan-jika-menang-pru-15
5. https://www.malaysiakini.com/news/656616
6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1068550/pelupusan-hutang-rm8-bilion-peneroka-felda-tidak-diteruskan-azalina



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-03 22:58:05

#pas

#pas
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook